SOALAN LAZIM
Umum
Adakah suplemen herba Omuboro mendapat keluluskan?
Omuboro dihasilkan mengikut piawaian GMP yang ketat dan telah diuji dan disahkan selamat untuk dimakan.
Adakah selamat untuk mengambil Omuboro jika saya mempunyai masalah jantung, darah tinggi, kencing manis atau lain-lain masalah perubatan?
Omuboro tidak mencetuskan tekanan berlebihan kepada jantung atau tekanan darah. Berdasarkan kajian kami di kalangan pengguna yang mempunyai masalah perubatan, Omuboro didapati merupakan herba yang berkesan untuk mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan prostat JIKA ia diambil sekurang-kurangnya 3 jam selepas mengambil ubat-ubatan. Ini kerana sesetengah ubat terutamanya yang berkaitan dengan tekanan darah tinggi, mungkin boleh mengurangkan keberkesanan Omuboro. Namun, pada umumnya, sesiapa sahaja di bawah pengawasan perubatan perlu mendapatkan pandangan doktor sebelum mengambil sebarang suplemen herba yang baharu.
Adakah Omuboro akan mengganggu ubat-ubatan lain?
Tidak. Setakat ini, tiada kes komplikasi lagi yang dilaporkan kepada Omuboro berkaitan dengan penggunaan produk kami.
Adakah terdapat sebarang kesan sampingan yang buruk?
Tidak. Tiada kes lagi mengenai kesan sampingan buruk dilaporkan sehingga kini. Walau bagaimanapun, ada peratusan kecil pengguna yang mempunyai masalah peredaran darah yang tidak lancar merasa sedikit pening selepas mengambil Omuboro. Ini disebabkan oleh pertambahaan aliran darah yang lebih lancar ke bahagian otak. Walau bagaimanapun, dengan penggunaan yang kerap, Omuboro boleh menghapuskan masalah ini.
Adakah Omuboro dadah?
Tidak. Omuboro adalah 100% herba. Malah, Omuboro adalah salah satu herba tulen di pasaran yang menaikkan rangsangan seksual secara pantas. Produk-produk rangsangan yan lain mungkin mengandungi bahan kimia dan steroid.
Bilakah waktu yang bersesuaian untuk mengambil Omuboro?
Jangan mengambil Omuboro jika anda letih, mabuk dan tidak mempunyai rangsangan untuk seks kerana anda mungkin tidak akan merasai keberkesanan Omuboro. Omuboro sebaik-baiknya diambil SATU jam sebelum makan (ketika perut kosong) atau SEKURANG-KURANGNYA DUA JAM selepas makan.
Bolehkah saya mengambil Omuboro dengan alkohol?
Untuk kesan maksimum, jangan ambil Omuboro dengan bir atau wain. Bagi sesetengah orang, bir atau wain mungkin akan mengurangkan keberkesanan herba. Jika anda perlu minum, sila ambil Omuboro kira-kira satu jam ataupun lebih sebelum anda mengambil alkohol.
Bolehkah Omuboro digunakan oleh wanita?
Ya. Omuboro boleh digunakan oleh wanita untuk meningkatkan prestasi seksual mereka. Walau bagaimanapun, wanita yang mengandung tidak dibenarkan mengambil Omuboro.
Bolehkah saya benar-benar merasakan kesan Omuboro dalam masa 38 minit? Adakah kesan Omuboro bertahan selama 4 hari?
Jika Omuboro diambil di bawah lidah, anda dapat merasai kesannya lebih cepat dalam masa 10-15 minit. Dan kesannya akan kekal di dalam badan anda selama 3 hari! Tempoh masa keberkesanan yang diberikan di sini hanyalah satu garis panduan umum. Jangka masa keberkesanan adalah berbeza bagi setiap pengguna.
Bagaimana Omuboro berfungsi?
Omuboro yang mengandungi kombinasi unik herba, boleh membantu meningkatkan aliran darah ke zakar dan juga meningkatkan libido dengan meningkatkan tahap testosteron. (Lelaki dengan masalah libido yang rendah akan mendapati ubat mati pucuk tidak akan memberi sebarang kesan).
Omuboro bukan hanya untuk peningkatan seksual sahaja. Gabungan herba yang unik yang telah kami sediakan sebenarnya turut membantu meningkatkan peredaran darah anda, tahap tenaga dan kesihatan secara keseluruhan dan kesejahteraan.
Apakah dos yang disyorkan?
Ambil 1 paket setiap 3 hari. Untuk penggunaan segera, ambil 1 paket dengan air suam kira-kira 40 minit sebelum pertemuan intim. Untuk hasil yang lebih berkesan dan cepat, letakkan serbuk di bawah lidah 10-15 minit sebelum persetubuhan.
Kesan Omuboro dapat dirasai sehingga 3 hari selepas pengambilan. Seterusnya, bila peredaran darah mula bertambah baik, anda boleh mengurangkan pengambilan kepada 1 paket untuk setiap 5 hari dan masih mendapatkan hasil yang berkesan. Omuboro juga boleh diambil untuk peningkatan tenaga segera. Jika anda berasa letih dan lesu, ambil 1 paket Omuboro selang sehari untuk meningkatkan daya tenaga anda. Kebanyakan pengguna kami adalah pemandu lori jarak jauh dan pemandu teksi yang memerlukan tenaga untuk senantiasa merasa peka dan segar di jalan raya.
© 2014 www.Omuboro.com. Hakcipta Terpelihara.